Sunday, 11 December 2016

Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia 2017 Online.
Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia 2017 Online.

Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia 2017 Online

Keputusan tawaran kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Ambilan Januari 2017 boleh disemak mulai 2 Disember 2016 jam 12 tengah hari sehinga 15 Disember 2016 jam 12 tengah hari.
Untuk membuat semakan, Sila Klik Link Di bawah ini:
Semakan Keputusan Tawaran SSM


Cara permohonan Sekolah Sukan Malaysia

Menurut Laman rasmi KPM, terdapat 3 peringkat permohonan kemasukan ke sekolah sukan Malaysia iaitu :

1. Pelajar Sekolah Rendah ( Tahun 5 dan tahun 6 )

Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.Pengambilan atlet murid sekolah rendah ke SSM adalah berdasarkan keperluan sukan teras negara.

2. Pelajar Tingkatan 1 - 5

Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.

Kelayakan Minimum Akademik
Kelayakan minimum akademik atlet murid yang diterima masuk ke SSM adalah 3C di peringkat UPSR dan 4D di peringkat PMR.

3. Program Prauniversiti


Pengambilan atlet murid program prauniversiti adalah berdasarkan kelulusan SPM serta memenuhi syarat-syarat am yang ditetapkan. Mereka yang dipilih terdiri daripada atlet murid yang mewakili negara atau berpotensi mewakili negara dalam masa terdekat. Cara memohon adalah secara online di laman web KPM. 


Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut 

Syarat-syarat Am Kemasukan

- Mewakili negara/berpotensi mewakili negara.

- Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

- Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.

- Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.

Syarat Khas Kemasukan adalah seperti dalam jadual di bawah :

Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia Online

Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia 2017 Online

Selamat membuat semakan. Semoga ianya dapat membantu. Selamat maju jaya.


EmoticonEmoticon