Tuesday, 13 December 2016

Isteri Tuan Ihsan Drama Dan Sinopsis
Isteri Tuan Ihsan Drama Dan Sinopsis. Ianya merupakan sebuah Drama yang adaptasi dari novel karya Sara Kyoko. Drama Isteri Tuan Ihsan menonjolkan pelakon handalan Aeron Aziz dan Amyra Rosli sebagai pelakon utama di samping pelakon-pelakon pembantu yang lain iaitu Harris Baba, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Nazia Mustafar, Livonia Ricky, Qazem Nor, dan Ruzana Ibrahim.
Drama Isteri Tuan Ihsan diterbitan oleh Penerbit Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Ianya ditayangkan melalui saluran Astro Ria 104 dan Astro HD 123 bermula dari 2 Disember 2016 setiap Isnin-Jumaat pada jam 10 malam.

Isteri Tuan Ihsan Drama Dan Sinopsis

Sinopsis Ringkas tentang Drama Isteri Tuan Ihsan.

Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota. Beliau jadikan Kelab Malam sebagai tempat untuk menghiburkan hatinya. Hal ini demi untuk menyembunyikan rasa sedihnya. Seroja seorang gadis yang sangat lantang bersuara disamping kenakalan, manja dan keras kepalanya.

Kekeliruan antara cinta dan teman, telah membuatkan Tuan Ihsan pergi jauh membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan di kota London. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai usia 47 tahun usianya.

Tuan Ihsan kembali ke Malaysia kerana satu permintaan dari ibu Seroja untuk menjaga Seroja selepas kematiannya. Siapakah Ibu Seroja..?
Ibu Seroja (Imaninah) adalah teman dan sahabat istimewa pada Tuan Ihsan. Pada Imanina, Tuan Ihsan sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja sebatang kara. Sebenarnya Imaninah dibesarkan di rumah anak yatim. keluarga ayah Seroja telah membuang mereka kerana Sholeh ayah kepada Seroja telah berkahwin dengan wanita bukan pilihan keluarga.

Maka bermulalah episod baru kehidupan Seroja tinggal di banglo mewah Tuan Ihsan. Hari pertama Seroja ke banglo Tuan Ihsan. Seroja memperkenalkan diri sebagai calon Isteri Tuan Ihsan. Kedegilan dan suka melawan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung. Di dalam rumah ada peraturan yang ditetapkan tetapi Seroja susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan hingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja. Tuan Ihsan yang digelar " Pak Cik Hot " pening dengan kerenah Seroja. Seroja juga diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau pergerakan Seroja.

Namun Seroja Irdina mempunyai aura yang kuat, sesiapa sahaja mudah jatuh sayang padanya. Hadirnya di dalam banglo mewah Tuan Ihsan mengubah sunyi jadi gegak-gempita, hambar jadi ceria, suasana menjadi meriah dengan gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpaling setia. Tanpa pengetahuan Tuan Ihsan, Seroja mewujudkan applikasi group whatsap Calon Isteri Tuan Ihsan. Di situ mereka bercerita dan mengutuk Tuan Ihsan , projek dan pelbagai lagi .

Meskipun Tuan Ihsan dan Seroja kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing - masing terbit satu rasa. Rasa yang sukar untuk dimengertikan. Rasa yang sangat mendalam maksudnya. Rasa tersebut telah menimbulkan tanda tanya terhadap Seroja tentang perasaan yang dia alami sama ada Cinta atau hanya gurauan hatinya. Tuan Ihsan juga mengalami perkara yang sama seperti mana Seroja rasakan. Tuan Ihsan keliru,  Adakah perasaan yang dia alami itu dinamakan “cinta” dan apakah sunyi yang dirasainya itu tandanya “rindu”?

Kehadiran Dr. Zaim, membuatkan Tuan Ihsan rasa cemburu dan rasa tercabar. Ditambah pula bila Dr. Zaim memberi amaran pada Tuan Ihsan agar tidak mengongkong Seroja. Tuan Ihsan terus merasa dirinya tercabar bila Seroja rapat dengan Dr. Zaim. Dr. Zaim terlibat sebagai model projek kerja akhir Seroja. Sebenarnya Seroja sengaja rapat dengan Dr. Zaim kerana dia merasa cemburu apabila melihat Hanani Jane ( model kaki pensel 2B ) sentiasa mendampingi Tuan Ihsan yang bertujuan untuk mengikis duit Tuan Ihsan.

Tuan Ihsan pergi berjumpa dengan Tan Sri Shamsudin ( Datuk Seroja ) untuk meminta menjadi wali Seroja tetapi keegoan Tan Sri enggan mewalikan Seroja kecuali Tuan Ihsan sanggup membayar 10 juta. Sholeh ( ayah ) mempunyai adik yang masih belajar di Rusia. Dengan ini saja mereka boleh bernikah.

Perkahwinan yang dirancang menepati citarasa Tuan Ihsan. Kini status aplikasi dalam wassap group bertukar kepada Isteri Tuan Ihsan. walaupun Tuan Ihsan lebih dewasa, gara-gara terlalu biasa bersendiri, kadang terlupa bagaimana menjaga hati wanita bergelar isteri selayaknya. Seroja Irdina pula masih dengan jiwa mudanya, masih dengan keras kepalanya, barannya tetap bersisa, adakalanya dia mahu dilayan bagaikan seorang puteri, dia mahukan suami meletakkannya sebagai 1st prioriti, tidak ada sebarang rahsia kerana siaftnya yang mudah berburuk sangka.

Masa berlalu terlalu pantas. Kehadiran cicit telah melembutkan hati Tan Sri Shamsudin dan bersedia untuk menerima Seroja dalam Hidupnya.
........................
........................
Apakah Reaksi Seroja terhadap datuknya....?

Mampukah Tuan Ihsan Menyatukan Seroja dan Datuknya...?

Jangan lupa Saksikan nanti kesudahan drama Isteri Tuan Ihsan Drama dan Sinopsis.
Selamat menonton


EmoticonEmoticon