Wednesday, 14 December 2016

5 Sebab Kenapa Khuzairi Tidak Menerima Mia Kembali - 7 Hari Mencintaiku
5 Sebab Kenapa Khuzairi Tidak Menerima Mia Kembali - 7 Hari Mencintaiku. Episod 23 bolehlah dikatakan episod hukum karma. Sebagaimana yang dirasai oleh Khuzairi begitulah apa yg dirasai oleh Mia. Cukup menyedihkan dan mengharukan. Walaupun Mia telah dimaafkan oleh Khuzairi, namun Khuzairi tidak dapat menerima Mia kembali. Walaubagaimanapun, Mia telah meminta tempoh 7 hari untuk memberikan dia peluang sebelum Khuzairi bernikah dengan sakilla.

5 Sebab Kenapa Khuzairi Tidak Menerima Mia Kembali - 7 Hari Mencintaiku

Kenapa Khuzairi tidak menerima Mia semula...? Berikut 5 sebab Kuzairi tidak menerima Mia kembali.

1. Keegoan Mia. 
Kesan terhadap tindakan Mia meninggalkan khuzairi tanpa menghiraukan permintaan terakhir khuzairi supaya mengusukan anak mereka buat pertama dan terakhir kalinya. Kita sendiri dapat merasakan betapa kecewanya Khuzairi kerana permintaannya tidak ditunaikan oleh Mia sedangkan permintaan itu khas buat anak mereka.

2. Tersepit oleh keadaan -
keinginan ibu tirinya. Khuzairi sanggup menyiksa dirinya sendiri demi menjaga hati dan perasaan ibu tirinya. Adakah Tindakan Khuzairi ini berbaloi...? 

3. Merajuk
Pura-pura tidak sayang sedangkan perasaannya terhadap Mia masih lagi mendalam. "Hati ini sudah tertutup buat insan yang bernama Mia Adriana" "Carilah lelaki yang boleh membahagiakan Mia" 

4. Dendam Sayang. 
Dendam kerana sayang. Dalam dendam sebenarnya khuzairi masih sangat mencintai Mia. perasaan tak gaya Khuzairi ketika memerhatikan Mia. Terselit seribu makna. "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"

5. Keegoan Khuzairi. 
Perkara utama kenapa mia tidak dterima semula oleh Khuzairi adalah kerana sifat ego Khuzairi. Dia tidak mampu menundukkan sifat egonya walaupun sebenarnya dia tau bahawa dia memang ego. Hal ini dapat kita lihat ketika beliau bermonolog dgn anaknya. "ego kah Ayah"
Khuzairi tidak mampu menundukkan egonya walaupun sebenarnya dia masih sayangkan Mia. "Dalam Diam Ku MencintaiMu" bak kata lagu Ameng Spring.

Mampukah Mia meraih semula Kasih Sayang Khuzairi dengan tempoh 7 hari yang dia pinta...? Persoalan ini akan terjawab pada episod-episod seterusnya. 

Video Babak Sedih ketika Miah berjumpa dengan Khuzairi : Jom tonton. Muzik tema dalam babak ni menambahkan lagi suasana kepiluan anda. huhu

5 Sebab Kenapa Khuzairi Tidak Menerima Mia Kembali - 7 Hari Mencintaiku

Jangan lupa saksikan episod-episod seterusnya demi untuk mengetahui nasib semua watak dalam drama 7 Hari Mencintaiku.


EmoticonEmoticon