Friday, 28 October 2016

Tarikh Pembayaran Bonus 2017
Cuepacs telah mengesyorkan agar penjawat awam diberikan bonus 2 bulan gaji namun ianya telah ditolak. Walaubagaimanapun, kerajaan telah memberikan Pemberian khas bagi meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tarikh Pembayaran Bonus 2017

Walaupun Kakitangan kerajaan tidak mendapat bonus seperti yang disarankan oleh CEUPACS namun terdapat beberapa kemudahan yang telah diberikan di dalam bajet 2017 iaitu:

- Untuk menggalakkan lagi minat untk sambung belajar, kerajaan akan memberikan cuti belajar dengan gaji penuh dan biasiswa juga diberi kepada kumpulan pelaksana. 

- Penjawat awam akan mendapatbPemberian cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari. 

- Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun.

- Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000 Kelayakan pinjaman. 

- Pinjaman perumahan pula dinaikkan dari serendah RM120,000 kepada RM200,000 dan pinjaman paling tinggi dari RM600,000 ke RM750,000.

- Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000.

- Pegawai ‘contract of service & contract for service’ yang akan tamat hujung tahun ini, kerajaan akan lanjutkan perkhidmatan sekurang-kurangnya setahun lagi. 

- Satu lapisan gred baru akan diwujudkan oleh kerajaan iaitu gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar. 

- Kerajaan telah mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.

- Terdapat hampir 2,600 doktor yang tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital kini boleh jalani housemanship secara kontrak.

Tarikh Pembayaran Bonus 2017
Tarikh pemberian Khas Kerajaan Atau boleh juga dikategorikan sebagai bonus akan dijangka dibayar pada minggu Pertama Januari 2017. Tarikh Muktamad akan dikemaskini. Ianya sebagai salah satu inisiatif kerajaan bagi meringankan beban persiapan persekolahan sesi 2017.



EmoticonEmoticon