Sunday, 2 October 2016

Tarikh Pameran MAHA 2016 iaitu Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show) merupakan sebuah pameran pertanian secara besar-besaran. Ia diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Pameran MAHA 2016 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pameran MAHA 2016

Pameran MAHA 2016 akan diadakan seperti ketetapan berikut

Tarikh   : 1 - 11 Disember 2016
Tempat  : Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor

Tema MAHA 2016 ialah "Our Food Our Future"

Maskot rasmi MAHA 2016  UPin Ipin.

Pameran MAHA 2016 diharapkan dapat menarik sebanyak 1.5 juta pengunjung dgn mensasarkan golongan muda sebagai sasaran utama selaras dengan matlamat Kementerian meningkatkan perintis dalam sektor pertanian.

pameran Maha 2016 mengamalkan pendekatan serampang 5 mata iaitu merangkumi aspek:-
1. keselamatan dan kedaulatan makanan
2. Rekreasi
3. Pemerkayaan pengetahuan
4. Pelancongan dan...
5. Kesejahteraan.

Pameran MAHA 2016 merupakan acara unggul bagi mengembangkan perniagaan secara strategik. Pelbagai acara/kemudahan yang diadakan bagi menarik lebih ramai pengunjung antaranya ialah:
1. Kampung Durian Runtuh Upin Ipin
2. Kampun Mak Cun
3. Festival Muzik
4. Ritma Petani dan
5. Tapak Perkhemahan untuk 500 remaja.

Demi untuk menjayakan dan mencapai matlamat pameran MAHA 2016, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah memberikan sokongan penuh terhadap acara ini. Tarikh berlangsungnya MAHA 2016 ini sangat sesuai kerana ianya berlangsung ketika cuti sekolah. Inilah masa yang ditunggu-tungu oleh para ibu bapa untuk membawa anak-anak bercuti.
Marilah bersama-sama meraikannya. "Yang Dekat mari rapatkan, yang jauh mari dekatkan".
Kalau tak mampu nak dekat, ayuh Kita bersama2 meraihkannya melalui TV.

untuk keterangan lebih lanjut, boleh lah rujuk FB MAHA atau laman Web MAHA 2016.

selamat Berpesta. "Jaga diri hiasi peribadi"

-ato-






1 comments:


EmoticonEmoticon