Tuesday, 18 October 2016

Semakan Saman JPJ Trafik online. JPJ dan Trafik telah memberi kemudahan supaya para pengguna jalan raya dapat menyemak saman mereka melalui online.
Semakan Saman JPJ Trafik Online

Semakan Saman JPJ Trafik online

Laman semakan khas yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.
Cara semakan saman JPJ adalah seperti berikut:

1. Masuk ke laman web Rasmi JPJ
 http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
Pilih melalui menu yang diberikan sama ada semak NO ID sahaja ataupun No ID dan No Kenderaan.

2. Selepas itu, akan keluar paparan pilihan. Jika anda rakyat Malaysia, pilih Mykad atupun pilih pilihan lain yang berkenaan dengan anda.
3. Langkah seterusnya, masukkan captcha (kod keselamatan)
4. Dan Klik Semak.
Paparan semakan adalah seperti di bawah ini
Semakan Saman JPJ Trafik Online
Untuk membuat semakan JPJ, anda tidak perlu mendaftar. Anda hanya perlu masukkan no.id sahaja atau no id dan no kenderaan. Ikuti sahaja arahan yang dipaparkan.

Selamat menyemak. 

Berikut kami berikan Laman Web untuk semakan saman PDRM/Trafik 


2. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum LOG masuk.

3. Selepas mendaftar, Sila login dan seterusnya ikuti langkah2 yang di beri.

Selain semakan Online, pengguna jalan raya juga boleh membuat semakan saman trafik melalui SMS. Berikut adalah cara-cara membuat semakan saman trafik melalui sms.

Semakan Saman Melalui Sms. Caranya :

Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]
dan hantar SMS ke 15888 atau 32728.

Contoh POLIS SAMAN 891020103453 atau POLIS SAMAN JHT4231


Selamat menyemak saman anda melalui Semakan Saman JPJ Trafik Online.




EmoticonEmoticon