Monday, 3 October 2016

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2016 SECARA ONLINE DAN SMS. Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016 akan memperoleh keputusan UPSR mereka pada bulan November ini. pasti mendebarkan ibu bapa dan juga calon UPSR 2016.
Pada tarikh rasmi keputusan UPSR 2016 diumumkan keluar nanti, calon boleh membuat semakan keputusan melalui online atau melalui sistem perkhidmatan SMS. untuk mendapatkan slip penuh keputusan tersebut, calon bolehlah terus ke sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.


Semakan Keputusan UPSR 2016

Semakan Keputusan UPSR 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menyediakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2016 secara online dan sistem pesanan ringkas.

Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan (Result) UPSR 2016 Minggu Kedua November 2016 (jangkaan) 17 November 2016 
***(Tarikh muktamad akan dikemaskini kelak)***

Terdapat 2 cara Untuk membuat semakan iaitu:

1. secara online

* Sila masuk Aplikasi Sistem Semakan Keputusan UPSR 2016 Secara Online di sini  
( semakan hanya diaktifkan bermula pada tarikh dan masa hebahan keputusan diumumkan secara rasmi) 

* Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa ‘selang’ dalam ruangan yang tersedia.
- Semakan keputusan UPSR 2016 secara online menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya akan memaparkan ringkasan keputusan. 
- Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

2. Secara SMS
caranya :

Taip : UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888 
Contoh: UPSR KC001A040 hantar ke 15888 

Slip Keputusan Penuh UPSR 2016 hanya boleh diperolehi di sekolah bermula pada jam 10 pada tarikh pengumuman keputusan rasmi UPSR dikeluarkan. pastikan calon memakai pakaian seragam sekolah semasa mengambil keputusan UPSR 2016.

Selamat membuat Semakan Keputusan UPSR 2016 dan moga maju jaya... Moga kejayaan menjadi milik anak2 UPSR... aamiiiin


EmoticonEmoticon