Monday, 3 October 2016

Semakan saman trafik PDRM, JPJ, AES Secara online kini boleh dilakukan dengan mudah. Ianya hanya di hujung jari anda sahaja. . Semakan boleh dibuat secara online atas talian ataupun menerusi perkhidmatan SMS.


SEMAK SAMAN TRAFIK SECARA ONLINE

Terdapat 3 cara untuk memudahkan anda menyemak saman anda secara online. iaitu:

1. MyEG Services
Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES di laman web MyEG. Ikuti langkah-langkah di bawah:
Layari www.myeg.com.my.

a. Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
b. Login menggunakan nama dan kata laluan.
c. Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Untuk saman AES, pilih JPJ.
d. Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.

2. Rilek e-Services
Laman ini boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM sahaja.
Layari laman Semakan Saman PDRM di www.rilek.com.my/rilek/rilek/pdrm . caranya mudah sahaja.
a. daftar (sekiranya belum register).
b. Login menggunakan nama dan kata laluan anda.
c. Klik "Check/Pay Summons(es)" pada menu dropdown untuk menyemak saman anda.
p/s : Anda juga boleh membuat bayaran melalui terus melalui perkhidmatan perbankan internet CIMB, MAYBANK dan RHB.

3. JPJ
Laman semakan JPJ hanya boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja. caranya midah sahaja tanpa perlu memdaftar terlebih dahulu.

a. Masuk ke laman web:
b. Pilih melalui menu yang diberikan sama ada semak NO ID sahaja ataupun No ID dan No kad Pengenalan sekali.
c. Selepas itu, akan keluar paparan pilihan. Jika anda rakyat Malaysia, pilih Mykad atupun pilih pilihan lain yang berkenaan dengan anda.
d. Langkah seterusnya, masukkan captcha (kod keselamatan)
e. Dan Klik Semak.
Paparan semakan adalah seperti di bawah ini
semak saman jpj pdrm

* CARA SEMAK SAMAN TRAFIK MELALUI SMS
Untuk pengguna kereta yang tidak menggunakan sistem online, mereka juga boleh membuat semakan melaui sistem sms. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.

cara semak saman trafik melalui SMS:



Taipkan:
1. POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]
2. hantarkan SMS ke 15888 atau 32728.
Contoh:
POLIS SAMAN 841220122332 atau
POLIS SAMAN WEP1234

* CARA SEMAK SAMAN JPJ MELALUI SMS.

semak saman tafik jpj aes

Taipkan
1. JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]
2.hantarkan SMS ke 15888.
Contoh:
JPJ SAMAN 841220122332 atau
JPJ SAMAN WEP1234

Diharapkan dengan kemudahan semak saman trafik PDRM, JPJ, AES secara online yang disediakan ini dapat membantu para pengguna kenderaan bermotor untuk menyemak saman mereka. 

*Pemandu berhemah jadikan amalan*

1 comments:


EmoticonEmoticon