Tuesday, 4 October 2016

Permohonan Online SBP Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2017  pelajar lepasan Tahun 6 dan lepasan tingkatan 3 (PT3) sesi 2016 kini boleh memohon untuk memasuki (SBP) Sekolah Berasrama Penuh. Permohonan melalui online ini memudahkan para pelajar untk membuat permohonan mendapatkan tempat di Sekolah Berasrama Penuh. ((SBP)
Permohonan Online SBP Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2017
Pautan Permohonan SBP Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2017 :  klik Link di bawah selepas membaca syarat2 permohonan di bawah:
https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm

Permohonan Online SBP Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2017

Permohonan secara online akan dibuka berdasarkan ketetapan di bawah beserta dengan syarat permohonan :

1. Tingkatan 1
akan dibuka mulai 15 Oktober hingga 15 November 2016. 

Syarat-syarat layak memohon
a. Mestilah warga negara
b. Dari Sekolah Kebangsaan
c. Memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR 2016.
d. Aktif Ko-Kurikulum

2. Tingkatan 4.
- akan dibuka mulai 1 Disember 2016 hingga 30 Disember.

Syarat-syarat layak memohon
a. Warganegara
b. Bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.
c. Memperoleh keputusan cemerlang dalam PT3 sekurang-kurangnya 6A (Termasuk Sains & Matematik).
d. Aktif dalam Ko-Kurikulum.

Perkara yang Perlu diambil perhatian oleh pemohon Permohonan Online SBP tingkatan 1 dan 4 tahun 2017.
1. Pemohon perlulah mendapatkan bantuan daripada ibu bapa atau guru semasa mengisi permohonan online bagi mengelakkan sebarang kesilapan maklumat. Hal ini akan menyebabkan permohonan ditolak.

2. Pemohon haruslah membaca panduan yang disediakan dengan teliti dan membuat pilihan secara tepat sebelum membuat permohonan tersebut.
.
3. Bagi mengelakkan kesesakan sistem semasa memohon, maka semua pemohon dinasihatkan agar  membuat permohonan awal.

Semoga berjaya dalam permohonan SBP Tingkatan 1 dan 4 tahun 2017 :


Tahniah kepada yang berjaya nanti dalam permohonannya....


EmoticonEmoticon