Monday, 17 October 2016

Pembentangan Bajet 2017 Online. Menurut sumber portal rasmi Kementerian Kewangan (MOF), bahawa pembentangan bajet untuk tahun 2017 adalah pada 21 Oktober 2016 hari Jumaat di Parlimen dan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Pembentangan Bajet 2017 Online

Pembentangan Bajet 2017 Online

Pembentangan Bajet 2017 Online

Fokus bajet kali ini adalah kenaikan kos sara hidup yang memberikan kesan kepada golongan terutamanya golongan Kumpulan B-40 dan M-40. 

Pembentangan Bajet 2017 Online mengalu-alukan sebarang cadangan atau pandangan orang ramai berkenaan butiran bajet 2017. Salurkan melalui email pro@treasury.gov.my atau bajet2017@treasury.gov.my

Ringkasan Pembentangan Bajet 2017.

Bajet 2017 : Pembangunan dan Kebajikan

• Demi terus memperkasa Bumiputera, kerajaan akan perbuat dan peruntukan:
• RM100j kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera
• RM100j kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka
• RM300j kepada Tekun bagi bantu usahawan kecil majukan perniagaan, termasuk skim baru Temanita, khusus usahawan mikro wanita
• RM200j kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, bagi melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan & Perintis Perniagaan
• RM120j kepada MARA bagi pelbagai program keusahawanan antaranya perusahaan industri halal, pembangunan usahawan belia.
• Dana mudah-cara berjumlah RM500j menerusi Teraju bantu syarikat bumiputera kembangkan perniagaan atau mulakan perniagaan baru
• RM100j utk Teraju bagi Tabung Eksport bagi syarikat bumiputera menembusi pasaran antarabangsa
• RM100j menerusi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, bagi program Peneraju Skil & Iltizam, Peneraju Profesional serta Peneraju Tunas.
• RM222j utk projek bekalan air terawat 42 kampung Org Asli, program pembangunan ekonomi & keusahawanan & Penempatan Semula Perkampungan.
• Bagi projek Native Customary Rights pula, RM20 juta disediakan untuk pemetaan tanah di Sabah dan RM30 juta di Sarawak.
• RM50j pembangunan Kg Baru Cina, RM50j pinjaman PKS KOJADI, RM20j pinjaman mikro kredit diselia Malaysian Chinese Women Entrepreneurs Foundation.
• RM20j disalurkan kpd Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.
• Bagi masyarakat India, RM50j program peningkatan kapasiti & pendapatan, RM150j utk program pembiayaan perniagaan Tekun & Amanah Ikhtiar Malaysia.
• Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SJKT, Kerajaan akan memperluaskan program pra-sekolah kpd 50 sekolah peruntukan RM10j.
• Kerajaan terus menumpukan usaha melindungi kumpulan mudah terjejas. Antara inisiatif yang disediakan:
• Bantuan keluarga miskin liputi Bantuan Am sehingga RM300/sebulan & Bantuan Kanak-kanak sehingga RM450/bulan diteruskan, manfaat 69k keluarga
• RM424j termasuk bantuan sosioekonomi warga emas RM300 sbg saraan hidup & program wang saku. 8 Pusat Aktiviti Warga Emas baru.
• RM535j memanfaatkan hampir 150k OKU merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak-kanak OKU serta bantuan OKU tidak berupaya bekerja.
• Pelepasan GST kepada OKU berdaftar utk beli peralatan bantuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta.

Pembentangan Bajet 2017 Online pada 21 Oktober 2016 (Jumaat).



EmoticonEmoticon