Saturday, 17 September 2016

Tips kuruskan badan....

Setiap orang inginkan badan yang nampak mantap tanpa ada boroi...

Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan rutin harian bagi membantu mengurangkan berat badan...

1. Makan
Jaga pemakanan... Pemakanan yang tidak teratur akan menyebabkan kegemukan/boroi...
Kawallah nafsu makan anda... Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang...

2. Elakkan rehat yang berlebihan...
Rehat yang berlebihan salah satu penyumbang kepada kegemukan...
Masa terluang jangan buang begitu sahaja... Buatlah kerja2 rumah yang ringan-ringan seperti menyapu, mengemas dan sebagainya...

3. Bersenam
Ambillah masa bersenam walau hanya dalam masa 30 minit bagi membantu pembakaran lemak pada badan... Bersenam mengikut kemampuan diri...

4. Berpuasa sunat bagi yang muslim...
Puasa juga adalah salah satu cara untuk.membantu mengurangkan berat badan... Ambillah masa 1 atau 2 hari dalam seminggu... Jika perkara ini dapat anda lakukan, ianya sangat membantu dalam pengurangan berat badan anda... Tapi pastika masa berbuka jangan berabis pula... Hihi

5. Air
Jaga lah minuman anda... Jangan terlalu meminum minuman yg manis-manis terutama minuman yang berlemak... Banyakkan minum air biasa...  Kerana air juga boleh membantu pembakaran lemak...


Sedikit perkongsian untuk kita yang berbadan gempal/boroi...

-Ato-


EmoticonEmoticon