Saturday, 24 September 2016

Saps ibubapa adalah suatu aplikasi yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan ibubapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak mereka.
Cara2 untuk menggunakan saps ibubapa saya sertakan sebagai panduan. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah...

  1. Klik link di bawah ini untuk masuk ke dalam sistem aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa . Link: http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  2. Anda akan dibawa kepada paparan seperti berikut:
saps semakan ibu bapa

3. Masukkan no kad pengenalan atau pun sijil lahir pelajar. (Jika no kad pengenalan salah,klik sini)

4. Pilih sama ada anda ingin melihat keputusan 
peperiksaan sekolah rendah atau sekolah menengah.

5. Pilih tahun peperiksaan yang anda ingin akses

6. Klik semak.

Semoga dengan aplikasi ini akan memudahkan ibubapa membuat semakan prestasi keputusan anak-anak..

Sekiranya ibubapa menghadapi masalah untk mengakses aplikasi tersebut atau ada sebarang persoalan untuk mengakses SAPS Ibu Bapa, anda bolehlah hubungi talian yang tertera di bawah ini:

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu: SAPS
Isnin - Jumaat 8:30 pg - 5:00 ptg
(kecuali pada cuti umum)
Rehat pada  1:00 ptg - 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 tengah hari - 2:45 petang)

Diharap info yg serba sedikit ini dapat membantu para ibubapa. 
Terima kasih.

-Ato-

2 comments

Hehe... Saat yang ditunggu-tunggu oleh ibubapa apabila setiapkali peperiksaan penggal selesai..


EmoticonEmoticon