Tuesday, 20 September 2016

ANTARA KUNCI KEJAYAAN ORANG YANG BERJAYA
1. Bersikap Positif dan percaya diri
Berani mengambil risiko dengan menganggap bahawa segala risiko adalah cabaran... Sikap seperti ini sangat penting ada dalam diri seseorang yang inginkan kejayaaan...
* Jatuh, bangun.. Jatuh, bangun... Jatuh, bangun tanpa kenal erti pitus asa... Yakin boleh...

2. Menikmati apa yang mereka lakukan
Orang yang berjaya setiap masa menikmati kerja mereka dengan penuh keseronokan kerana orang yang berjaya suka akan persaingan. Mereka akan rasa sangat gembira bila dapat melakukan kerja dengan berjaya...

3.  Belajar sepanjang hayat
Orang yang berjaya tidak pernah berhenti dari belajar... Mereka akan terus belajar sehingga akhir hayat... Pembelajaran dari masa ke semasa akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada...

4. Sentiasa memotivasikan diri sendiri.

Motivasi diri memainkan pernan yang sangat penting dalam mencapai kejayaan... Tanpa motivasi, semangat untuk mencapai kejayaan akan merundum... Oleh itu, orang yang berjaya sentias mencari sesuatu yang dapat memotivasikan diri mereka... .

5. Kerja tidak bertangguh...
Kerja yang selalu bertangguh akan menyekat kejayaan seseorang... Hal ini kerana, sesuatu kerja itu akan mengambil masa lama untk diselesaikan... 

Orang berjaya, jarang menangguh kerja mereka 
sehinggalah kerja tersebut selesai mengikut perancangan masa yang telah ditetapkan....


*Kejayaan bergantung pada diri kita... Sejauhmana kita mengiginkannya...
Pepatah Melayu mengatakan...
"Hendak seribu daya...
Tak hendak, seribu dalik..."


EmoticonEmoticon